Masalah edit HRMIS menggunakan Windows 7 (IE 9)

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman

Hari ini saya ingin berkongsi manfaat teknikal yang dihadapi oleh pengguna Windows 7  berkaitan dengan kemasukan ataupun membuat edit dalam sistem HRMIS melalui notebook dan netbook yang menggunakan Internet Explorer versi 9.

dan berikut adalah cara untuk melihat versi ie anda : > Klik pada internet explorer dan …

ISUnya hanya kerana sistem windows 7 membuat update secara automatik tanpa pengguna menyedarinya, berikutan sistem ‘ Windows Security’ pada setting didalam contol penal dibuka untuk ‘Automatic Update’ walau bagaimanapun ia boleh cuba diatasi dengan membuat sedikit teknikal downgrade melalui gambaran dan link dibawah.

Penyelesaian yang diusahakan untuk Membuat downgrade semula versi IE 9 kepada IE 8 dengan cara :

pergi ke Control panel>Programs and Feature>View Installed updates> ‘Cari update’ Update Internet Explorer 9. Clik padanya dan pilih Uninstall barisan ruangan atas disebelah Organize.

Kemudian restart semula dan hendaklah memastikannya dengan membuka Internet Explorer anda dan pergi ke HELP>ABOUT INTERNET EXPLORER ia akan membuat view  Version 8.0.7

atau boleh juga melayari  link lain disini:

http://techdows.com/2010/09/how-to-downgrade-from-ie9-to-ie8.html

dan untuk kemasukan HRMIS link terkini boleh juga melalui :

http://hrmis2.eghrmis.gov.my

Selamat mencuba dan sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan teknikal daripada saya ia adalah dibawah kerja-kerja Troubleshooting.

Sekian, Terima kasih

Share
Posted in Pengenalan IT | Leave a comment

Iklan : Taman Nirwana Ampang, Double Storey House.

http://www.maxhartanah.com/

Berminat untuk site-view atau terus membeli unit ini? Sila hubungi SAHA 019-3363676

Share
Posted in Pengenalan IT | Leave a comment

Kerosakan Pada KEYBOARD NOTEBOOK

Pada minggu ini saya ingin berkongsikan tips mengenali kerosakan pada kekunci atau keyboard notebook. Pada lazimnya jarang2 sekali kerosakkan ini berlaku, namun sekiranya anda menemui masalah ini maka apa yang perlu anda lakukan hanya menukar keyboard sahaja.

Diantaranya kebiasaan tanda-tandanya ialah :

1. Apabila pergerakan pantas atau blinking pada icon yang dicursorkan oleh mouse tanpa henti melainkan anda menekan pada key ‘ENTER’ untuk menghentikannya. Ini bermaksud key pada penunjuk arah samada ‘ATAS’,'BAWAH’,'KANAN’ @ ‘KIRI’.

penyelesaiannya : Keyboard perlu diganti. Anggaran RM90-200. mengikut model.

2. Apabila terdapat mana-nama key huruf atau nombor tidak berfungsi apabila ditekan maka ia juga adalah kerosakan pada keyboard.

3. AWAS.. Jangan sekali-kali terkena air, dan ini sering kali boleh berlaku ketika kita menggunakan notebook. Kemungkinan kerosakan serius boleh berlaku.

Share
Posted in Tips Menarik | Leave a comment

Perkhidmatan Percetakan Name Card Perniagaan dan Persendirian

Sebutharga adalah seperti berikut :

Paper Materials Printing
Sides
200
pcs
300
pcs
500
pcs
1,000
pcs
230gsm Ivory White Single RM 42 RM 52 RM 71 RM 119
Double RM 49 RM 59 RM 77 RM 124

* Kos adalah tidak termasuk ciptaan art dan design baru.

Share
Posted in Tips Menarik | Leave a comment

Rujukan Download Perisian dan Driver

Pembaca yang dihormati

Pada update kali ini saya kongsikan link2 yang berkaitan untuk rujukan pada pengguna komputer, notebook yang ingin mencari pelbagai jenis perisian yang diminati ..

http://celikkomputer.com/tips-computer/tips-download-driver/

 

Share
Posted in Tips Menarik | Leave a comment

Memilih Pelbagai Jenis Pelayar Web

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis Mesin Pelayar Internet (WEB BROWSER) yang boleh kita gunakan ?

Ketika ini saya menggunakan pelayar web yang biasa terdapat di dalam windows set-up iaitu IE 8 untuk windows XP, namun pada penggunaannya saya juga sering melayari web dengan perisian Mozila Firefox 7, Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai lagi pelayar web yang boleh digunakan sebagai tambahan mahupun ketika anda mengalami kerosakan pada Pelayar Web yang lazim anda gunakan. Antara yang boleh dipilih untuk di download :

1. Internet Explorer
2. Firefox
3. Opera
4.Google Chorme
5. Flock
6. K-Meleon
7. Navigator
8. Safari
9. Seamonkey
10.. Avant Browser
11. Maxton
12.Comodo Dragon
13. Slick
14. Camino – Mac
15. Omniweb – Mac
16. iCab – Mac

Selamat melayari internet dgn pelbagai browser…

Share
Posted in Tips Menarik | Leave a comment

Perisian Mengurus Kewangan Daripada Ketirisan

Salam sejahtera kepada pembaca celik komputer

Tajuk kali ini bunyinya macam perkhidmatan nasihat kewangan dan itu bukanlah bidang kepakaran saya. Kita sering mahu mulakan langkah untuk berjimat tetapi tak tahu nak kira dengan apa dan bantuan dalam bentuk apa dan macamana. Jika kita biasa menulis pada dinding kalender dirumah, maka disini kita boleh tulis dalam komputer dengan menggunakan perisian mudah.  Kita boleh mencuba perisian ‘Money On Thread‘ bagi memulakan apa yang diteorikan.

Download disini : http://money-on-thread.blogspot.com/2010/01/download.html

Bolehlah mencubanya dan selamat berjimat….

Share
Posted in Tips Menarik | Leave a comment

Cerita Menarik Tentang Versi Windows

Mengapa windows yang terini dikenali sebagai windows 7 apakah versi sebelumnya:

Versi 1  ialah windows 1
Versi 2 ialah windows 2
Versi 3 ialah windows 3,Windows NT
Versi 4 ialah windows 95,98 & 98SE
Versi 5 ialah windows 2000, windows XP
Versi 6 ialah windows Vista
Versi 7 ialah windows 7

dan yang lebih menariknya windows 7 terdapat 5 jenis.

1) Windows 7 starter ia direka untuk Netbook dalam 32Bit
2) Windows 7 Home Premium direka untuk pengguna Rumah serasi 32Bit dan 64Bit
3) Windows 7 Profesional mempunyai keupayaan w7Home untuk digunakan oleh perniagaan dan profesional.
4) Wndows 7 Ultimate ia adalah pakej lengkep kepada ciri-ciri diatas dan ditambah beberapa keupayaan.
5) Windows 7 Enterprise pula direka khas bagi syarikat-syarikat gergasi yang mempunyai ciri-ciri yang lebih dipertingkatkan.

selamat membaca.. dan terima kasih.

Share
Posted in Tips Menarik | Leave a comment

Celik Komputer

Selamat datang ke dunia Celik Komputer @ IT.

Terlebih dahulu saya ingin meraikan anda dengan panduan daripada maksud Al-Quran yang maha mulia dan maha tinggi ;

” Dan hendaklah ada diantara kamu sekelian satu (1) umat yang menyeru (manusia) kepada KEBAIKAN dan menyuruh dengan MA’ARUF(KEBAIKAN) dan melarang dari mungkar(KEJAHATAN) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya”  (Al-Imran 3:104)

Pada zaman ini kemunculan peralatan teknologi serta media maklumat dan internet sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara kehidupan manusia. Sistem perhubungan bertambah cepat  dan mudah, pembangunan sektor industri dan pendidikan semakin canggih, malahan cara kita berinteraksi juga berubah, dunia kita seolah-olah semakin kecil dan tiada batas sempadan.

Umat Islam dan masyarakat seluruhnya wajar mengambilkira ia sebagai suatu rahmat, peluang dan cabaran dalam menghadapi dunia ini. Kecanggihan ini adalah kurniaan Ilahi, dikurniakan akal fikiran kepada kita untuk meneroka dengan penuh rasa tawaddu’ dan bersyukur ke atas pemberiannya.

Wajarlah bagi kita memperkasakan diri dengan media komunikasi dan informasi ini dan diaplikasikan bagi manfaat dan kebaikan, seharusnya revolusi IT ini diambil titik permulaan bagi mendekatkan persaudaraan dan menambahkan rakan taulan semata-mata ke arah kebaikan seperti yang diajarkan oleh ISLAM.

Selamat melayari dunia Internet – email, Facebook, Blog, Perbankan Online dan pelbagai Aplikasi.

Ikhlas dari saya Manzurul hasry.

Share
Posted in Pengenalan IT | Leave a comment